Tuesday, July 31, 2012

MAKLUMAT BIG 2012 - Sejarah

Tempat : Pusat Jagaan G, No. 308, Jalan BPJ 3A/3A, Bandar Puteri Jaya,
               08000 Sungai Petani, Kedah.
Tarikh. : 30 Ogos 2012


Tentatif program


7.00am : Berkumpul di Jabatan Sains Sosial IPG Perlis
7.30am : Bertolak / sarapan pagi
9.15am : Ucapan alu-aluan oleh Pengurus PUsat JAgaan G
10.45am : Ramah mesra bersama warga penghuni
                 Tayangan video pendek


11.15am : Gotong-royong membersihkan kawasan PUsat Jagaan
1.00pm.  : Makan tengahari
                 Solat Zohor (Jamak Takdim)
2.00pm.  : Muhasabah diri bersama penghuni pusat jagaan
4.30pm.  : Riadah dan minum petang
5.30pm.  : Majlis penutup/ sumbangan kuih raya
6.30pm.  : Bertolak pulang ke IPG
9.05pm.  : Bengkel di Jabatan Sains Sosial IPG Perlis
12.00pm : Bersurai


P/s : Bengkel adalah sesi post mortem sepanjang tempoh perancangan dan pelaksanaan program BIG. Setiap biro harus membentangkan laporan masing-masing.


Catatan :
Makan tengahari : Setiap peserta harus makan bersama penghuni. layan mereka sebagaimana
                              Ibu bapa sendiri
Muhasabah diri.  : Setiap peserta akan bersama penghuni di bilik mereka dengan berbual dan
                              Menyelami isi hati dan perasaan mereka.
Majlis penutup.  : Peserta diminta menyumbangkan sekurangnya 1 bekas kuih raya untuk
                             Diberikan kepada setiap penghuni. Berdasarkan pandangan En. Borhan kuih
                             Yang disumbangkan itu harus sama jenis kesemuanya bagi mengelakkan berlalu
                             Rasa tidak puas hati dikalangan penghuni. Kuih yang dicadangkan adalah
                             Semperit.




Kutipan RM20.00 


Berikut adalah Anggaran Perbelanjaan


Makan & Minum peserta RM16.00 seorang ditanggung IPG = RM496.00
Note : Walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut sebanyak 10% dipotong bg cukai perkhidmatan.


Tanggungan pelajar
Makan & minum penghuni (RM 110.00)
Cenderamata Pusat Latihan (RM45.00)
Cenderamata kain batik penghuni wanita (RM132.00) = RM12 sehelai
Cenderamata kain pelikat penghuni lelaki (RM176.00) = RM16 sehelai
Kontigensi (RM100.00)
Menampung kos tolakan cukai perkhidmatan IPG (RM49.60)


Jika terdapat lebihan wang, ianya akan diserahkan kepada Bendahari Kelas.


Pakaian - Baju BIG

Tuesday, March 20, 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA

13 Mac, 2012 19:18

Pelajar PPG Dan KPLI Akan Dipertimbangkan Untuk Dapat Baucer Buku RM200

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya.

Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara tersebut dan kita harap ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran disini, selasa lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak.

-- BERNAMA

Wednesday, February 29, 2012

PENGUMUMAN TERKINI

Kelas Pengantar Sejarah hari ini 29/2/2012 dibatalkan dan akan di ganti pada masa yang akan ditentukan kemudian.

Kelas Teknologi Pengajaran pada 5/3/2012 dan 6/3/2012 dibatalkan dan akan diganti pada masa yang akan ditentukan kemudian.

LinkWithin

a