Tuesday, March 20, 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA

13 Mac, 2012 19:18

Pelajar PPG Dan KPLI Akan Dipertimbangkan Untuk Dapat Baucer Buku RM200

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya.

Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara tersebut dan kita harap ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran disini, selasa lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak.

-- BERNAMA

LinkWithin

a